• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Elak memakai cincin berbatu ketika memancing





MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.

Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.

Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.

Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.

Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.



sungai kelantan



    

akuarium yang super besar



                                             pilih nak pancing ikan mana, macam-macam ada

seni umpan tiruan (lure)


lawak joran 18SG

Karim dan Kiram (bukan nama sebenar) adalah dua orang sahabat baik. mereka bekerja sebagai nelayan tradisional iaitu menangkap ikan menggunakan joran.. Mereka masing-masing memiliki sampan untuk digunakan ketika memancing ikan disungai atau dilaut..

Suatu hari Karim bertanya kepada Kiram...
Karim: Ram, aku tengok setiap kali turun ke laut awak selalu dapat banyak ikan.. Apa petua awak?
Kiram: Senang je Rim, masa bangun pagi nak turun ke laut aku perhati isteri aku. Kalau dia mengiring sebelah kiri, kat laut nanti aku baling pancing kesebelah kanan sampan.. Begitu juga kalau dia mengiring sebelah kanan, aku baling pancing sebelah kiri sampan..Karim: Oh, itu rahsianya..(Termenung seketika, lalu bertanya lanjut). Kalau dia terlentang macam mana Ram?
Kiram: Oh... Itu petanda baik Rim...
Karim: Napa pulak ?
Kiram: Kalau dia terlentang tak turun ke laut ler aku...
Karim: (Nada bersungguh-sungguh) Oh, ada pantang larang eh petua awak...?
Kiram: Pantang larang tengkorak engkau... aku wat projek ler.. bodoh..!!! 
Karim: Celaka...!!! kau kenakan aku yer..!!!!
Kiram: kwang kwang kwang...

Jangan memancing ketika petir





KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu

Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sabung-menyabung, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik.

Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.

Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan ,  pemancing mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.

Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.

ikan termahal didunia

Ikan Arowana Platinum dengan panjang 40 cm diiktiraf sebagai ikan hiasan yang paling mahal didunia, pernah ditawarkan pada harga  US$ 80 000, namun pemiliknya seorang warga singapura enggan menjualanya..




seekor ikan tunai mencatat sejarah menjadi ikan yang termahal di pasaran, ikan yang berjaya dijual pada harga  US$ 174 000 seterusnya diiktiraf sebagai ikan yang paling mahal didunia, ikan ini berjaya di jual di pasar Tsukiji di Tokyo.

bila joran tidak berguna part 3





bila joran tidak berguna part 2










 

                         

bila joran tidak berguna

ikan yang cun melecun