• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Hukum sertai pertandingan memancing




[NFO]Hukum sertai pertandingan memancing Hukum sertai pertandingan memancing Soalan: SAYA gemar memancing dansering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi? Jawapan: Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta. Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi? Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebutadalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan. Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja. Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154). Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie.Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya)adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90) Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar). Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu,sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya). Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan. Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimana pun tidaksemua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak. Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut: 1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta). 2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihakyang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku." Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan. Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya. Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut: 1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram. 2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian. 3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya. 4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya. 5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

ikan bergigi besar





Elak memakai cincin berbatu ketika memancing





MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.

Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.

Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.

Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.

Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.



sungai kelantan



    

akuarium yang super besar



                                             pilih nak pancing ikan mana, macam-macam ada

seni umpan tiruan (lure)


lawak joran 18SG

Karim dan Kiram (bukan nama sebenar) adalah dua orang sahabat baik. mereka bekerja sebagai nelayan tradisional iaitu menangkap ikan menggunakan joran.. Mereka masing-masing memiliki sampan untuk digunakan ketika memancing ikan disungai atau dilaut..

Suatu hari Karim bertanya kepada Kiram...
Karim: Ram, aku tengok setiap kali turun ke laut awak selalu dapat banyak ikan.. Apa petua awak?
Kiram: Senang je Rim, masa bangun pagi nak turun ke laut aku perhati isteri aku. Kalau dia mengiring sebelah kiri, kat laut nanti aku baling pancing kesebelah kanan sampan.. Begitu juga kalau dia mengiring sebelah kanan, aku baling pancing sebelah kiri sampan..Karim: Oh, itu rahsianya..(Termenung seketika, lalu bertanya lanjut). Kalau dia terlentang macam mana Ram?
Kiram: Oh... Itu petanda baik Rim...
Karim: Napa pulak ?
Kiram: Kalau dia terlentang tak turun ke laut ler aku...
Karim: (Nada bersungguh-sungguh) Oh, ada pantang larang eh petua awak...?
Kiram: Pantang larang tengkorak engkau... aku wat projek ler.. bodoh..!!! 
Karim: Celaka...!!! kau kenakan aku yer..!!!!
Kiram: kwang kwang kwang...